Gula kapas
Gula kapas

Gula kapas

Gula kapas, alusmitai atau halwa rambut adalah sejenis manisan pelbagai warna yang diperbuat daripada gula cair yang diempar berpintal membentuk suatu pepejal halus dengan tekstur lembut seumpama kapas. Ia lazim dijual di banyak acara keramaian (misalnya karnival atau pasar malam) sama ada berbatang mahupun dibungkus.Makanan ini pertama kali diperkenalkan pada 1904 oleh William Morrison dan John C. Wharton di St. Louis World's Fair dengan nama "Fairy Floss" (benang dongeng) dengan kejayaan besar. Mereka berjaya menjual 68,655 kotak dengan harga yang agak mahal ketika itu, iaitu AS$0.25, atau separuh daripada harga tiket masuk ke acara pameran tersebut.